Padang SITC

Padang SITC merupakan satu simbol kemegahan maktab serta terkenal sebagai sebuah padang acara yang tercantik di negara ini pada suatu ketika dahulu. Banyak peristiwa penting berlangsung di padanag ini seperti perhimpunan masyarakat tempatan semasa darurat sekitar tahun 1948 hingga 1960, sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri, perbarisan pasukan beruniform seperti Federated Malay State Volunteer Force (FMSVF), jambori Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan sabit Merah. Kawasan padang ini juga pernah dijadikan sebagai tempat pendaratan helikopter yang membawa pemimpin-pemimpin negara yang mengadakan lawatan ke SITC/MPSI. Sekitar tahun 1950 hingga 1970-an, pasukan hoki dan bola sepak maktab ini dikatakan adalah antara pasukan yang terbaik di antara semua sekolah dan maktab di Malaysia. Padang ini juga kerap kali dijadikan sebagai tempat perlawanan akhir bagi sukan-sukan tersebut.