MERIAM LAMA DARI ERA PERANG KLANG 1867-1874 (BERUSIA HAMPIR 154 TAHUN)
Sebagai tanda kenangan pada majlis perasmian Sultan Idris Training College (SITC), penduduk Tanjong Malim yang diwakili oleh Penghulu Tanjong Malim, Encik Eusope bin Ahmad, telah menghadiahkan sepucuk meriam kepada SITC. Meriam tersebut pernah digunakan oleh Raja Mahadi dalam peperangan menentang Tengku Kudin pada abad ke-19 di Selangor.
GADING GAJAH ERA SITC (BERUSIA HAMPIR 98 TAHUN)
Gading Gajah ini berasal daripada seekor Gajah liar yang dikatakan mengamuk dan membuat kerosakan lalu ditembak mati pada 23 Mac 1923 di belakang kawasan SITC (Kini UPSI). Gading Gajah ini telah menjadi salah satu koleksi yang sangat nostalgik dan berharga dikalangan pelajar SITC.
KALAM BATU 1940 – 50an (BERUSIA HAMPIR 81 TAHUN)
Sekitar tahun 1940-50an pelajar sekolah menggunakan Kalam Batu untuk melorek padap papan batu bagi menghasilkan tulisan. Setelah tulisan dihafal, pelajar akan memadam tulisan tersebut dengan menggunakan tangan atau kain.

Muzium Pendidikan Nasional:
Pusat maklumat dan penyelidikan sejarah pendidikan negara

 

 Kami mengalu-alukan:

 Apa jua pertanyaan maklumat berkaitan dengan warisan sejarah pendidikan negara.

  • Kerjasama penyelidikan
  • Perkongsian maklumat
  • Penyelidikan artifak
  • Latihan Industri
Muzium Pendidikan Nasional
  • Terdiri daripada 21 Galeri kekal, Rumah Za’ba , Galeri Seni dan Pusat Konservasi Warisan.
  • Reka bentuk bangunan kolonial yang cantik.
  • Memelihara dan mempamerkan warisan pendidikan kebangsaan.
  • Banyak aktiviti yang menyeronokkan dan program yang menarik di Muzium Pendidikan Nasional.

Kami mengalu-alukan derma dalam bentuk:

  • wang
  • Artifak
  • Dokumen 

Bagi mengekal, memulihara, memelihara dan  mempamerkan warisan pendidikan negara kita.

Jom menderma artifak dengan klik link berikut: KEMPEN DERMA ARTIFAK