MISI, VISI & OBJEKTIF

MISI

Melestarikan warisan pendidikan negara dalam bentuk ketara dan tak ketara melalui pameran, aktiviti akademik, penyelidikan, penerbitan dan khidmat masyarakat untuk mencapai wawasan negara.

VISI

Memelihara dan memulihara warisan pendidikan negara berlandaskan kegemilangan sejarah dan perubahan global dalam bentuk masa lalu, semasa dan masa kini.

OBJEKTIF

  1. Sebagai pusat sumber maklumat kepada pelajar, penyelidik dan orang ramai mengenai pendidikan di Malaysia dan antarabangsa.
  2. Memelihara dan memulihkan harta warisan pendidikan di Malaysia sama ada dalam bentuk ketara atau tidak ketara melalui pemyelidikan dan pembangunan yang berasaskan pada warisan pendidikan negara.
  3. Sebagai pusat percambahan ilmu pendidikan melalui aktiviti seminar, bengkel dan ceramah yang berkaitan dengan Muzium Pendidikan Nasional di peringkat dalam luar negara.
  4. Mendokumentasikan jasa tokoh-tokoh pendidikan negara serta merealisasikan perkembangan sejarah pendidikan negara dalam bentuk terowong masa.
  5. Mewujudkan satu lagi destinasi tarikan pelancong berasaskan pendidkan sebagai sumbangan dalam industri pelancongan negara.