BAHAGIAN PEROLEHAN

Aktiviti Pengesanan dan perolehan artifak dijalankan oleh kakitangan Muzium Nasional Pendidikan dengan menyiarkan iklan sama ada di akhbar, radio, sekolah, kolej, institusi pengajian tinggi dan juga individu. Bahagian Perolehan juga akan mengatur satu siri lawatan kerja untuk mengesan artifak dan membuat perolehan artifak yang berkaitan dengan sejarah pendidikan negara.

Objektif utama Bahagian Perolehan ini ditubuhkan adalah untuk mencari dan mendapatkan khazanah warisan pendidikan negara dalam bentuk artifak, ecofact, spesimen, dan dokumen yang berkaitan bagi memastikan koleksi disimpan dan disediakan untuk pameran.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: –

Encik Ahmad Faizal Bin Ahmad Zawawi

Penolong Kurator Kanan

Bahagian Perolehan

Muzium Pendidikan Nasional