• Carian

  • Kebolehcapaian

     

         Warna Latar

       Warna Font

    Saiz Teks

    + + + + +

    Melayu

    Inggeris

    Bahasa

 

PORTAL RASMI
MUZIUM PENDIDIKAN NASIONAL
Muzium Pendidikan nasional

 

                                                                                                                                    Sejarah Muzium Pendidikan Nasional

Bangunan Suluh Budiman mula dibina pada Ogos 1919 dan telah siap sepenuhnya pada Jun 1922. Pelan bangunan ini telah dilakar oleh seorang arkitek terkenal dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berName Kesteven.







 

 

 



 

 

 



Tukang-tukang yang membinanya dibawa daripada Tanah Jawa dan juga buruh mahir berbangsa Cina.  Bangunan ini memiliki keluasan lantai seluas 3,239 meter padu. Tingkat atas bangunan ini pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran SITC yang mana menempatkan pejabat pengetua, pejabat kakitangan, bilik mesyuarat, pejabat am,  pejabat karang mengarang dan perpustakaan. Bahagian bawah bangunan ini pula terdiri daripada bilik darjah dan dewan utama yang digunakan untuk perhimpunan bulanan atau majlis rasmi kolej.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

   Majlis Perasmian Muzium Pendidikan Nasional

 

Bangunan Suluh Budiman ini telah digazetkan di bawah akta Warisan Kebangsaan 2005 sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan pada 14 Februari 2009. Pada 24 Ogos 2009 kerja-kerja konservasi bangunan, pengisian ruang pameran dan pengisian infrastruktur yang menepati kehendak permuziuman telah dilaksanakan.  Muzium ini telah siap sepenuhnya pada bulan Mac 2011 dan upacara perasmian telah diadakan pada 19 Julai 2011 yang dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun.  Muzium ini mengandungi 1 ruang pameran bertema dan 20 ruang pameran kekal.

Left side view of Suluh Budiman Building

Right side view of Suluh Budiman Building

A-A view of Suluh Budiman Building

B-B view of Suluh Budiman Building

Front view of Suluh Budiman Building

Back view of Suluh Budiman Building

Roof plan of Suluh Budiman Building

Kemaskini terkini 14-07-2017. Hak cipta © 2016 Muzium Pendidikan Nasional. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox Versi 3+ dan Google Chrome Versi 54.0+ dengan 1024 x 768 resolusi skrin. Web master: shimalain@upsi.edu.my