Rumah Guru SITC

Rumah ini dikatakan pernah dijadikan rumah kediaman kepada guru SITC. Kini rumah ini telah dijadikan sebagai rumah Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Pada era SITC, rumah-rumah guru dibina untuk memberikan kemudahan kepada guru-guru di samping menjaga penuntut yang tinggal di asrama. Kebanyakan rumah guru ini dirobohkan kerana telah rosak teruk dan dibina bangunan-bangunan baharu pada era UPSI. Namun sebuah rumah dibaik pulih dan dikekalkan identiti asal untuk tontonan generasi akan datang.