• Carian

  • Kebolehcapaian

     

         Warna Latar

       Warna Font

    Saiz Teks

    + + + + +

    Melayu

    Inggeris

    Bahasa

 

  • 1) Adakah terdapat bayaran masuk untuk melawat Muzium Pendidikan Nasional?
    Jawapan: Tidak ada bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat Muzium Pendidikan Nasional. Masuk adalah percuma.
  • 2) Bila waktu operasi Muzium Pendidikan Nasional?
    Jawapan: Waktu operasi Muzium Pendidikan Nasional adalah pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Muzium dibuka setiap hari kerja untuk lawatan kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.
  • 3) Adakah terdapat apa-apa tatacara untuk sekumpulan pelawat seperti pelancongan, sekolah atau agensi lain untuk melawat Muzium?
    Jawapan: Untuk perkhidmatan yang lebih baik seperti perkhidmatan pemandu pelancong dan taklimat sejarah pendidikan, pengunjung dinasihatkan supaya menulis surat rasmi kepada Pengarah Muzium Pendidikan Nasional 1 minggu sebelum lawatan.
  • 4) Bolehkah pengunjung sama ada individu atau kumpulan datang melawat ke muzium tanpa terlebih dahulu menghantar sebarang surat rasmi?
    Jawapan: Ya sudah tentu boleh. Muzium Pendidikan Nasional dibuka untuk lawatan awam dan anda boleh datang bila-bila masa pada waktu operasi kami.
  • 5) Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Muzium Pendidikan Nasional?
    Jawapan: Muzium Pendidikan Nasional menawarkan beberapa perkhidmatan seperti: 
i - Penyelidikan artifak dan sejarah pendidikan ii - Pinjaman artifak
iii - Pembelian artifak
iv - Pemuliharaan artifak
v - Pameran
vi - Melaksanakan program menarik dan aktiviti pendidikan
  • 6) Bolehkah pelajar, agensi lain atau mana-mana pihak membuat pameran di muzium?
    Jawapan: Ya sudah tentu boleh. Anda hanya perlu menghantar surat rasmi mengenai cadangan pameran kepada Pengarah Muzium Pendidikan Nasional. Kelulusan tertakluk kepada budi bicara Pengarah Muzium Pendidikan Nasional.
  • 7) Bolehkah saya menjalankan kerjasama penyelidikan dengan Muzium Pendidikan Nasional?
    Jawapan: Ya, boleh. Muzium Pendidikan Nasional mengalu-alukan sebarang kerjasama penyelidikan dengan mana-mana pihak. Kelulusan tertakluk kepada budi bicara Pengarah Muzium Pendidikan Nasional.

Soalan Lazim (FAQ)

Kemaskini terkini 11-08-2017. Hak cipta © 2016 Muzium Pendidikan Nasional. Paparan terbaik melalui Mozilla Firefox Versi 3+ dan Google Chrome Versi 54.0+ dengan 1024 x 768 resolusi skrin. Web master: shimalain@upsi.edu.my