Pokok Tembusu

Pokok Tembusu ini dikatakan ditanam pada era SITC dan berusia sekitar 90 tahun seusia dengan bangunan-bangunan utama SITC. Pokok ini mempunyai nilai sentimental dan sejarahnya yang tersendiri khusunya dalam kalangan alumni maktab ini. Pokok ini menjadi hiasan dan peneduh kepada orang ramai yang menghadiri acara-acara tertentu yang berlangsung di padang sebagai tempat perlawanan akhir.