Dewan Rahman Talib

Dewan Rahman Talib dahulunya merupakan  dewan bagi Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) yang mana namanya dan struktur bangunanya masih kekal sama seperti yang asal. Dewan ini telah dirasmikan pada 3 Oktober 1964 oleh Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pelajaran Malaysia yang ketiga. Selain digunakan untuk aktiviti sekolah, dewan ini juga turut disewakan kepada persatuan dan masyarakat di sekitar Tanjong Malim. P. Ramlee dan Saloma juga pernah mengadakan persembahan nyanyian di dalam dewan ini pada suatu ketika dahulu.