Bangunan Tadah Selatan

Bangunan Tadah Selatan mempunyai tiga anjung iaitu Anjung Tun Perak, Anjung Tun Seri Lanang dan Anjung Hang Tuah. Bangunan ini dibina agak lewat sedikit berbanding dengan Bangunan Suluh Budiman iaitu setelah asrama Tadah Utara siap. Bangunan ini juga digunakan sebagai asrama kepada pelajar-pelajar yang boleh memuatkan 60 hingga 70 orang pada satu-satu masa. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1930. Asrama ini berbentuk Geometri atau bangunan bercabang tiga yang menempatkan Asrama D, Asrama E dan Asrama F. Di bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di dalam setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Pada awal tahun 1940, nama-nama bahagian bilik telah ditukar iaitu Asrama D kepada Tun Perak, Asrama E kepada Tun Seri Lanang dan Asrama F kepada Hang Tuah.