Bangunan Tadah Utara

Bangunan Tadah Utara mempunyai tiga anjung iaitu Anjung Bendahara Seri Maharaja, Anjung Pateh Gajah Mada dan Anjung Munsyi Abdullah. Bangunan ini dibina bersama-sama dengan Bangunan Suluh Budiman pada tahun 1919 dan siap pada Jun 1922. Ia dijadikan sebagai asrama penuntut-penuntut SITC. Rekaannya berbentuk geometri atau bangunan bercabang tiga yang menempatkan Asrama A, Asrama B, dan Asrama C. Bangunan ini juga dikenali ’Gajah Menyusu’ kerana bentuknya segitiga dan bersambung-sambung antara satu sama lain. Di bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di dalam setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua bilik (bahagian depan) dan penolong ketua bilik (bahagian tengah bilik). Pada awal tahu 1940, nama-nama bilik telah ditukar iaitu Asrama A ditukar kepada Bendahara Seri Maharaja, Asrama B kepada Patih Gajah Mada dan Asrama C kepada Munsyi Abdullah. Sekarang bangunan ini digunakan sebagai bilik-bilik kuliah untuk pelajar UPSI.