MERIAM LAMA DARI ERA PERANG KLANG 1867-1874 (BERUSIA HAMPIR 154 TAHUN)
Sebagai tanda kenangan pada majlis perasmian Sultan Idris Training College (SITC), penduduk Tanjong Malim yang diwakili oleh Penghulu Tanjong Malim, Encik Eusope bin Ahmad, telah menghadiahkan sepucuk meriam kepada SITC. Meriam tersebut pernah digunakan oleh Raja Mahadi dalam peperangan menentang Tengku Kudin pada abad ke-19 di Selangor.
GADING GAJAH ERA SITC (BERUSIA HAMPIR 98 TAHUN)
Gading Gajah ini berasal daripada seekor Gajah liar yang dikatakan mengamuk dan membuat kerosakan lalu ditembak mati pada 23 Mac 1923 di belakang kawasan SITC (Kini UPSI). Gading Gajah ini telah menjadi salah satu koleksi yang sangat nostalgik dan berharga dikalangan pelajar SITC.
KALAM BATU 1940 – 50an (BERUSIA HAMPIR 81 TAHUN)
Sekitar tahun 1940-50an pelajar sekolah menggunakan Kalam Batu untuk melorek padap papan batu bagi menghasilkan tulisan. Setelah tulisan dihafal, pelajar akan memadam tulisan tersebut dengan menggunakan tangan atau kain.
Previous slide
Next slide
Previous slide
Next slide