Taman Astakona
Dahulunya taman ini dikenali sebagai Taman Astakona yang mana merupakan sebuah taman rekreasi yang sungguh indah serta banyak meninggalkan kenangan manis buat pelajar era MPSI dan IPSI. Kini ini taman ini telah diberikan nama baru iaitu Taman Batik. Perubahan nama ini berlaku apabila pelajar-pelajar 3D Lanjutan di bawah bimbingan Prof. Zulkifli Yusuf melakukan tugasan membuat “Batik 3D” dengan menggunakan mozek bagi menghasilkan bentuk unik dengan bermotifkan batik. Taman Batik ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Aminah Ayob, Naib Canselor UPSI yang keempat pada 2 November 2010.