SOALAN LAZIM

1)Adakah terdapat bayaran masuk untuk melawat Muzium Pendidikan Nasional?

Jawapan : Tidak ada bayaran masuk yang dikenakan untuk melawat Muzium Pendidikan Nasional. Masuk adalah percuma.

2. Bila waktu operasi Muzium Pendidikan Nasional?

Jawapan : Waktu operasi Muzium Pendidikan Nasional adalah pada jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Muzium dibuka setiap hari kerja untuk lawatan kecuali pada hari Sabtu dan cuti umum.

3. Adakah terdapat apa-apa tatacara untuk sekumpulan pelawat seperti pelancong, sekolah atau agensi lain untuk melawat Muzium?

Jawapan : Untuk perkhidmatan yang lebih baik seperti perkhidmatan pemandu pelancong dan taklimat sejarah pendidikan, pengunjung dinasihatkan supaya menulis surat rasmi kepada Penagrah Muzium Pendidikan Nasional 1 minggu sebelum lawatan.

4. Bolehkah pengunjung sama ada individu atau kumpulan datang melawat ke muzium tanpa terlebih dahulu menghantar sebarang surat rasmi?

Jawapan : Ya sudah tentu boleh. Muzium Pendidikan Nasional dibuka untuk lawatan awam dan anada boleh datang bila-bila masa pada wktu operasi kami.

5. Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Muzium Pendidikan Nasional?

Jawapan : Muzium Pendidikan Nasional menawarkan beberapa perkhidmatan seperti :
     i     -Penyelidikan artifak dan sejarah pendidikan.
     ii    – Pinjaman artifak.
     iii   – Pembelian artifak.
     iv   – Pemuliharaan artifak.
     v    – Pameran.
     vi   – Melaksanakan program menarik dan aktiviti pendidikan.

6. Bolehkah pelajar, agensi lain atau mana-mana pihak membuat pameran di muzium?

Jawapan : Ya sudah tentu boleh. Anda hanya perlu menghantar surat rasmi mengenai cadangan pameran kepada Pengarah Muzium Pendidikan Nasional. Kelulusan tertakluk kepada budi bicara Pengarah Muzium Pendidikan Nasional.

7. Bolehkah saya menjalankan kerjasama penyelidikan dengan Muzium.

Jawapan :Ya boleh. Muzium Pendidikan Nasioanal mengalu-alukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak. Kelulusan tertakluk kepada budi bicara Pengarah Muzium Nasional.