SAHABAT MUZIUM

Sahabat Muzium merupakan salah satu daripada program pendidikan Muzium Pendidikan Nasional. Tujuan Sahabat Muzium  ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat dan kakitangan muzium terutama pelajar di sekolah bagi memudahkan pemahaman yang lebih baik dan mendedahkan mereka kepada sejarah, budaya dan warisan pendidikan di Malaysia.

Sertai kami untuk pelbagai kelebihan dan peluang yang hanya boleh dinikmati oleh ahli-ahli Sahabat Muzium Pendidikan Nasional sahaja. Muzium Pendidikan Nasional mempunyai banyak program dan aktiviti yang menarik untuk ditawarkan kepada anda. Sila langgani senarai e-mel kami hari ini dan menjadi salah satu seorang Sahabat Muzium kami. Anda akan menjadi orang yang pertama untuk dimaklumkan mengenai program-program yang dianjurkan oleh Muzium Pendidikan Nasional.