Rumah Pengetua MPSI
Rumah Pengetua MPSI ini diperbuat daripada kayu dan dibina antara tahun 1919 hingga 1922. Reka bentuk bangunan ini menggabungkan reka bentuk rumah tempatan dan Inggeris. Ia terletak tidak jauh dari Bangunan Suluh Budiman dan di tepi Taman Astakona. Rumah ini pada asalnya dirancang untuk dijadikan sebagai kediaman Timbalan Pengetua SITC. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, jawatan Timbalan Pengetua SITC masih belum diisi (jawatan ini diisi buat petama kalinya pada tahun 1946) maka rumah ini telah dijadikan sebagai kediaman pensyarah Inggeris. Pada tahun 1958, pengetua pertama SITC yang mendiami rumah ini ialah Encik Zainal Abidin bin Mohd Ali. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama menjadi pengetua di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Sejak itu, bangunan ini secara rasminya dikenali sebagai Rumah Pengetua MPSI. Ia terletak tidak jauh daripada Bangunan Suluh Budiman dan di tepi Taman Astakona. Sekarang bangunan ini menempatkan pejabat utama Muzium Pendidikan Nasional, di bawah kelolaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
#google Traslate.