Loceng Agung
Loceng Agung yang asal digunakan sejak SITC dibuka dalam tahun 1922 sehingga tahun 1970-an. Loceng Agung pada ketika itu akan dipalu dengan menggunakan tukul besi untuk menghasilkan bunyi yang berdengung kuat bagi menandakan telah masuk waktu bagi aktiviti pelajar seperti waktu berkebun, makan, kelas bermula dan sebagainya. Pada tahun 1970-an loceng yang diperbuat dari rel keretapi ini telah hilang dan digantikan dengan loceng elektrik. Sebagai usaha menghidupkan kembali tradisi, replika Loceng Agung ini telah dibuat oleh pihak UPSI sempena perasmian program “Sirih Pulang Ke Gagang” pada 19 Oktober 2002.