Tukang-tukang yang membinanya dibawa daripada Tanah Jawa dan juga buruh mahir berbangsa Cina. Bangunan ini memiliki keluasan lantai seluas 3,239 meter padu. Tingkat atas bangunan ini pernah dijadikan sebagai pusat pentadbiran SITC yang mana menempatkan pejabat pengetua, pejabat kakitangan, bilik mesyuarat, pejabat am, pejabat karang mengarang dan perpustakaan. Bahagian bawah bangunan ini pula terdiri daripada bilik darjah dan dewan utama yang digunakan untuk perhimpunan bulanan atau majlis rasmi kolej.