BAHAGIAN KAJIAN

Bahagian penyelidikan merupakan salah satu bidang teras dalam perkhidmatan Muzium Pendidikan Nasional. Bahgian ini memainkan peranan penting ke arah mencapai objektif penubuhan  Muzium Pendidikan Nasional iaitu untuk mengekalkan, memelihara dan menyebarkan pengetahuan mengenai warisan pendidikan negara. Penyelidikan yang dijalankan di muzium ini terdiri daripada penyelidikan sejarah, budaya, alam semula jadi, pameran dan penyelidikan koleksi.

 

Terdapat 3 jenis penyelidikan yang dijalankan di bahagian penyelidikan muzium:

i  – Penyelidikan yang dijalankan oleh kakitangan Muzium Pendidikan Nasional.

ii- Penyelidikan yang dijalankan dengan kerjasama pihak-pihak lain

iii – Kajian yang dilakukan oleh orang luar ke muzium.

Bahagian penyelidikan berfungsi untuk mengukuhkan dan membangunkan bidang penyelidikan, dokumentasi dan penerbitan untuk menegakkan fungsi muzium sebagai institusi penyebaran ilmu dalam bidang pameran, koleksi, sejarah, budaya dan pendidikan.

 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi: –

Penolong Kurator

Bahagian penyelidikan

Muzium Pendidikan Nasional

E-mel: mpn@upsi.edu.my

Tel: 05-4506680

Faks: 05-4598261