Rumah Za'ba

 

Rumah ini pernah menjadi kediaman Pendeta Za’ba sewaktu beliau berkhidmat di SITC sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC dari tahun 1924 hingga 1939. Pada tahun 2002, Perpustakaan UPSI yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah tersebut telah menjadikannya sebagai Galeri Za’ba. Pada tahun 2010, rumah ini digunakan sebagai pejabat pengawal keselamatan UPSI. Kini di bawah pengurusan Muzium Pendidikan Nasional, rumah tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan pula sebagai “living museum” yang mempamerkan sejarah, karya, koleksi, gambar dan sumbangan Za’ba di bidang penulisan dan penerbitan sewaktu beliau berkhidmat di SITC.